Makluman Kepada Semua
Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu melantik semula semua guru kelas (JANGAN PADAM KELAS!!) dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2013 berserta MBMMBI dan sesi pagi / petang kelas tersebut.
Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini untuk keperluan terkini pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.
Mohon pengemaskinian maklumat ibu/bapa/penjaga untuk permohonan Bantuan/Biasiswa (sila beri keutamaan kepada permohonan baru) sebelum 1 April 2013.
PERHATIAN
Mohon masukkan maklumat murid pendidikan khas, sila wujudkan kelas (pilihan Tingkatan / Tahun BUKAN kelas khas / kelas khas menengah) dan daftar murid mengikut tahun / tingkatan yang tepat. Sila pastikan murid ini di tanda sebagai OKU pada tab murid (login guru kelas) dan masukkan no pendaftaran OKU murid untuk keperluan urusan dan bantuan pendidikan khas.
_____________________________________________________________________